Tawaran yang dibatalkan atau ditolak Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2032

Asia

Korea Utara dan Selatan telah mengumumkan bahawa mereka akan terus berusaha untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2032 bersama-sama dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 19 September 2018, berikutan sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in . [59] Dilaporkan bahawa kedua-dua negara akan mengadakan forum mengenai penganjuran Sukan Musim Panas 2032 pada 15 Februari 2019, di Lausanne, Switzerland untuk membincangkannya. [60] Mereka telah menyatakan bahwa pembelanjaan awal bagi penganjuran temasya sukan tersebut ialah $3.44 juta. [61] Walau bagaimanapun, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mendapati bahawa program pengujian Korea Utara tidak mematuhi Kod Anti-Doping Dunia. [62] Sekiranya keadaan ini masih berlaku pada tahun 2032, pembidaan ini tidak akan berjaya disebabkan syarat penganjuran Sukan Olimpik yang menyatakan bahawa tuan rumah Sukan Olimpik mesti mematuhi Kod Anti-Doping Dunia yang ditentukan oleh WADA. [63]Pada tahun 2018, presiden Persatuan Olimpik India Narendra Dhruv Batra menyatakan minatnya untuk membida temasya tersebut. [64] Kementerian sukan India pula mengumumkan pada Mei 2020 bahawa Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru di Delhi akan dibangunkan semula dengan kos $ 1.08 bilion, yang boleh menganjur Sukan Olimpik pada masa depan. [65] Pada 9 Mac 2021, Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal mengumumkan bahawa partinya akan fokus kepada pembidaan Sukan Olimpik 2048. [66]Singapura dan Malaysia mengumukan bidaan bersama untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2032 pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, Presiden Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tunku Imran mengumumkan penarikan bidaan bersama kerana penangguhan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, yang telah dijangka selesai pada tahun 2026. Hal ini adalah disebabkan oleh langkah menjimat kos yang diambil oleh kerajaan. Projek tersebut kemudiannya dibatalkan. [67] [68] Kuala Lumpur pernah menganjurkan enam edisi Sukan Asia Tenggara sementara Singapura telah menganjurkan empat edisi. [69] Malaysia juga [ermaj menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 sementara Singapura pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 2010 . [70] [71]

Eropah

Gabenor Georgy Poltavchenko mengatakan bahawa St. Petersburg mungkin akan membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2032 atau 2036. [72] Ketiga-tiga bandar tersebut adalah antara 12 bandar yang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018. Bnadaraya Sochi pernah menganjurkan Olimpik Musim Sejuk 2014. Kazan pula akan menganjurkan Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk 2022. Namun begitu, Rusia terlibat dalam penyelidikan doping kerana menipu pegawai WADA pada Januari 2019, dan Persatuan Olahraga Sedunia telah melarang atlet Rusia bertanding di bawah bendera mereka dan menekan IOC untuk mengambil tindakan yang sama dalam Sukan Olimpik. Pada 26 November 2019, WADA meminta IOC untuk menolak bidaan ini sebagai hukuman terhadap negara Rusia kerana memanipulasi sampel doping yang dibuat pada bulan Januari. Pada 9 Disember, WADA melarangkan Rusia untuk membida acara sukan antarabangsa sebagai sebahagian daripada hukuman mereka. Hal ini bermaksud pembidaan tersebut telah ditolak oleh IOC. [73] [74] Namun, Rusia telah membuat rayuan kepada CAS dan akhirnya berjaya memendekkan larangan itu menjadi dua tahun, berakhir pada 16 Disember 2022. Hal ini bermakna Rusia boleh mengemukakan bidaan untuk acara sukan antarabangsa yang bermula selepas tarikh tersebut. [75]Carlos Padilla, presiden Jawatankuasa Olimpik Mexico percaya bahawa Guadalajara ialah salah satu daripada empat bandar Mexico (bersebelahan Mexico City, Tijuana dan Monterrey ) yang berupaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik selepas 2026. Dalam wawancara dengan ESPN, pengarah mengatakan bahawa keempat-empat bandar itu "mempunyai segalanya" untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, tetapi bukan segeranya. [76] Guadalajara pernah menjadi tuan rumah Pan American Games 2011, dan telah membida untuk 2022 Gay Games tetapi dikalahkan olehHong Kong . [77]

Rujukan

WikiPedia: Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2032 http://www.india.com/sports/mumbai-likely-to-host-... http://www.sportspromedia.com/news/germany-reveals... http://stadiumdb.com/news/2020/02/cologne_olympics... http://www.rtve.es/noticias/20190617/martinez-alme... http://pib.gov.in/Pressreleaseshare.aspx?PRID=1700... //www.worldcat.org/issn/0261-3077 //www.worldcat.org/issn/0307-1235 //www.worldcat.org/issn/0447-5763 https://7news.com.au/sport/olympics/queensland-in-... https://www.9news.com.au/2019/02/21/18/04/queensla...